Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Monday, 6 February 2012

Tragedi 6 Febuari 1958


6 Februari 1958 merupakan salah satu sejarah kelam bagi dunia bola sepak khususnya Manchester united. Pasukan yang di ketuai oleh Sir Matt Busby di zaman emasnya ketika itu dijangka akan mendominasi bola sepak Eropah dan menuju kepada treble pertamanya dimana mereka semua dikenali sebagai “The Busby Babes”. Setelah perlawanan Piala Eropah di Belgrade, keesokan harinya 6 Februari 1958, mereka memulakan perjalanan pulang menuju Manchester. Dalam perjalanan tersebut, pesawat dengan no penerbangan British European Airways Flight 609 harus melakukan pengisian bahan bakar di Bandar udara Munich Riem, Munchen Jerman. Setelah mengisi bahan bakar, dalam keadaan dingin dibawah 0 darjah celcius, juruterbang pesawat kapten James Thain dan pembantu Kenneth Rayment mencuba untuk berlepas dari landasan, namun gagal – hingga dua kali, dikatakan akibat kegagalan mesin. Lalu salah satu pemain United, Duncan Edwards mengirim telegram ke Manchester “ all flight cancelled, flying tomorrow. Ternyata juruterbang menolak untuk menginap di Munich dan akan melakukan percubaan berlepas untuk kali ketiga. Beberapa pemain tidak yakin atas penerbangan ini, khususnya Liam Whelan yang terdengar mengatakan “This may be death, but I’m ready”.

Sponsored by Nuffnang