Assalamualaikum wbt ...
Salam Sejahtera....
Salam Hormat...
Berdasarkan tajuk di atas tu, mungkin korang2 semua agak keliru kan? mungkin laa, atau mungkin tidak bagi korang2 yg cepat tangkap apa yg nk Jokeonsalo sampaikn utk entry kali nie...
SAKIT itu PENYEMBUH !
dah sakit, penyembuh pulak? uik, pelik aku! hehee...
sakit, sakit je laa...da taw sakit,usahalah utk menyembuhkan penyakit tu...
itu yg selalu kite dgr bile kite sakit kann...
tp, bkn itu yg Jokeonsalo nk kongsi arini...
Sakit itu adalah salah satu bentuk ujian dan dugaan kpd setiap manusia oleh Allah swt...
Allah menduga kita dgn pelbagai2 jenis penyakit...
Demam, Batuk, Selsema, dan sebagainya...
TETAPI ...
tahukah anda? penyakit itu semua adalah PENYEMBUH SEGALA DOSA bg orang2 yg beriman...
yes, itulah yg Jokeonsalo nk sampaikn utk entry kali nie...
memang betul kenyataan tersebut...
dengan sakitlah kita sedar, kita nie sebenarnya taklah kuat mana pun...
SUPERMAN pon boleh jatuh sakit...
Sebelum kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, baginda pon jatuh sakit beberapa hari sebelum hari kewafatan kekasih Allah itu...
inikan pula kita hanya manusia biasa...
Demam itu, pembakar dosa2 silam kita...
Oleh kerana itu kita sentiasa berasa panas...dengan itu,BERTAUBAT lah...
Batuk itu, membuang semua dosa kita keluar dari mulut kita yg selalu bercakap bohong dan berbual tentang perkara tidak berfaedah...
Oleh kerana itu kita ter-uhuk2 semasa batuk...dengan itu,BERTAUBAT lah...
Selsema itu, air2 dosa yg pernah kita telan sebelumnya...
Oleh kerana itu selsema sentiasa mengalir keluar, dan selsema itu amat kotor kandungannya...
dengan itu, BERTAUBAT lah segera...
dan bermacam2 lagi jenis penyakit...
dan mungkin sesuatu penyakit itu boleh membawa maut...
dan maut dari penyaki itu, adalah penyembuh bagi kita supaya tidak terus melakukan dosa di dunia yg sementara ini...
SIHAT ITU KUAT,
KUAT BUKAN SELAMANYA,
SAKIT ITU PENYEMBUH,
SEGERALAH BERTAUBAT,
AGAR SENTIASA SIHAT,
DI SISI ALLAH SWT...
dari itu, segeralah BERTAUBAT...
selagi hayat dikandung badan, pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas utk setiap insan...
Bersyukur kepada Tuhan kerana kita masih berpeluang merasa sakit, kerana dgn sakit itu kita sedar bahawa kita hanya insan yg lemah disisi Allah swt...
Dengan itu, sentiasalah bersyukur dgn segala nikmat yg diberi,kerana semua itu hanya pinjaman sementara utk kita oleh yang Maha Esa...
Bersyukur itu kunci kebahagiaan ...
Disamping tu, jgn pulak kita mengharap sakit tu dtg pd kita...
sentiasalah berusaha supaya kesihatan kita sentiasa terjaga...
berdoa agar kita sentiasa diberi kesihatan dan kesejahteraan yg sepenuhnya oleh Allah swt...
Sekian utk entry kali ni...
hope you all memahami apa yg telah aku sampaikan...
Jangan lupa tinggalkan komen atau pendapat anda ye =)
Jangan lupa tinggalkan komen atau pendapat anda ye =)
~~~ THANKS ~~~
No comments:
Post a Comment