Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Friday, 27 January 2012

Kecuaian Membawa Padah =)

Salam Sejahtera buat semua pembaca...
Entri kali nie, Jokeonsalo nak kongsi siket sebuah kisah yg boleh kata lawak tapi ada makna yang tersurat dan tersirat dalam lawak kali nie...


JOM MEMBACA !


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL.Tersedia sebuah komputer lengkap dengan internet di dalam bilik hotel itu.Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.


Malangya,dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tidak menyedari akan kesilapannya itu,dia pon terus menghantar e-mail tersebut.


Pada masa yang sama,di sebuah rumah di Kedah seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang dari majlis pengebumian suaminya.Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej² daripada saudara-mara atau rakan²nya yang terdekat.Selepas membaca e-mail pertamanya itu,janda itu terus diserang sakit jantung dan meninggal di dalam biliknya.


Anak lelaki janda itu bergegas ke bilik janda itu setelah melihat ibunya kaku di atas lantai.Anak janda itu pun membaca e-mail yg terdapat di skrin komputer ibunya :


*************************************************************

To : Isteri Kesayanganku.
Date : 3/6/2007
Subject : Abang telah selamat sampai.


Abang tahu sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej e-mail ini.Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.Dan seperti yg sayang da tahu,sebentar lagi abang akan mengambil peperiksaan kursus penting di sini.Abang lihat semuanya telah disediakan di sini untuk kedatangan mu hari esok.Semoga berjumpa dengan mu nanti sayang.Abang harap perjalanan mu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang abang telah lalui ketika ini.
*************************************************************


Setelah anak janda itu habis membaca e-mail ini,barulah anaknya tahu akan punca kematian ibu nya.Maka menjadi anak yatim piatulah anak itu dalam masa satu hari di atas kecuaian orang yang langsung tidak dikenalinya... Kesimpulannya,haruslah kita berhati² dan berwaspada di atas segala perbuatan kita.Kerana 


setiap kecuaian itu mungkin membawa padah..





SEKIAN SAHAJA UNTUK ENTRI KALI INI =)

Semoga entri ini boleh dapat memberi pengajaran utk anda semua...
Sila tinggalkan komen anda ye...
Kalau suka, sila klik button like...
Kalau sudi, share lah ke facebook atau twitter...

TERIMA KASIH !

2 comments:

Sponsored by Nuffnang