Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam satu Malaysia buat semua pembaca...
Baru-baru ni penggemar makanan segera KFC digemparkan dengan berita pergaduhan antara kakitangan dan pelanggan di sebuah restoran KFC sekitar Shah Alam awal bulan Febuari lalu. Jokeonsalo pun terkejut juga dengan berita ini kerana sebelum ini Jokeonsalo yang juga merupakan bekas kakitangan salah sebuah restoran KFC di Johor Bahru.
Sebelum kita teruskan dengan berita pergaduhan ini, mari kita saksikan vid
eo dibawah yang dirakamkan oleh salah seorang pelanggan yang menyaksikan pergaduhan tersebut ;
eo dibawah yang dirakamkan oleh salah seorang pelanggan yang menyaksikan pergaduhan tersebut ;
~ Sumber : www.YouTube.com ~
Siapa yang salah dalam kes tersebut?!
-Akhbar Kosmo, Khamis 9 Febuari 2012-
Difahamkan pergaduhan itu berlaku ekoran pesanan yang dibuat oleh pelanggan tersebut tidak sampai setelah menunggu selama satu jam ekoran KFC cawangan tersebut didakwa telah kehabisan ayam.
Pelanggan tersebut yang marah telah meminta KFC untuk memohon maaf namun tidak diendahkan sebaliknya kakitangan restoran itu telah menjerit ke arah pelanggan: "Kalau mau makan, buat sendiri lah!"
Menerusi video tersebut, pertengkaran yang bermula dengan berbalas cakap itu akhirnya berakhir dengan tindakan seorang kakitangan KFC menumbuk dan menendang pelanggan tersebut sebelum dileraikan oleh rakannya.
Sementara itu, KFC Holding (M) Berhad memaklumkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yang didakwa berlaku awal Febuari lalu.
"Kakitangan yang terlibat dalam kes tersebut telah digantung daripada tugas dan laporan polis juga telah dibuat."
"Buat masa ini pihak kami sedang menunggu laporan penuh daripada pengurusan cawangan terlibat," katanya disini semalam.
KFC turut memaklumkan bahawa tindakan yang wajar akan diambil sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan sejajar dengan standard operasi dan perkhidmatan pelanggan mereka.
Jadi, begitulah penerangan daripada akhbar Kosmo semalam.
Kesimpulannya disini, Jokeonsalo sendiri tidak pasti siapakah yang bersalah dalam kes ini kerana apa yang Jokeonsalo terima ialah pergaduhan berlaku kerana kakitangan KFC tersebut seolah-olah tertekan dengan pelanggan yang terlibat.
Biarlah pihak mereka yang menyelesaikan perkara ini. Jokeonsalo cuma ingin berpesan kepada kakitangan restoran seperti ini supaya menamkan sifat BERSABAR semasa bekerja dengan layanan ke atas pelanggan. Perkara ini mungkin tidak akan terjadi jika sifat sabar itu ada di dalam diri kakitangan tersebut. Semoga perkara seperti ini tidak lagi berlaku di negara kita.
Sekian.
dalam banyak2 orang duk komen pasal kes KFC tu, ss setuju dgn komen seseorang ni. ada masa bacalah ye ;)
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/FynnJamalMusic/posts/10150781615799129
siti, tak boleh bukak pown link siti bagi tu..
Deletebtw,thanks for sharing :)
buat malu jelaa..hnya krna ayam pon nak gaduh...tp leh nmpk plggan cina 2 x beradab lngsung..huhuhu
ReplyDeletehope tak jd pergaduhan..
p/s : ingt sub sej :peristiwa 16 mei hu3
harap harap jgn lah berulang peristiwa hitam tu kan nano..semoga negara kita terus aman sentosa hendaknya :)
Deletea ah joke..takut sgt3..huhu..hopefully everything gonna b orite :)
Delete