Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Wednesday, 1 February 2012

Lain Orang Lain Pendapat !

Assalamualaikum semua pembaca yang Jokeonsalo hormati !
Salam sejahtera salam satu Malaysia !

Hari ni Jokeonsalo nak kongsikan siket tentang bagaimana kita perlu menghargai dan menerima sebarang pendapat daripada orang yang berbeza.

Bagi Jokeonsalo, setiap orang di muka bumi ni pasti akan berbeza dari segi pemikiran masing².
dan setiap orang pasti akan berbeza pendapat.Mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang salah.

~ termenung sekejap tu kadang² ada bagusnya ~

Disini, Jokeonsalo cuma nak berpesan pada korang semua, dan untuk diri Jokeonsalo sendiri.
Kita tidak perlu menjatuhkan seseorang itu dari segi pendapat yang mereka berikan.
Kita harus meneliti dan mengkaji pendapat daripada seseorang itu sebelum kita menilainya.
Contohnya,sebagai seorang orang atasan disesebuah syarikat atau lebih dikenali sebagai boss. Anda seharusnya tidak boleh memperlekehkan sebarang pendapat yang disuarakan oleh pekerja anda kerana pendapat itu mungkin boleh menyelamatkan sesebuah syarikat atau tempat kerja itu.
Seorang boss harus lah mengambil berat tentang para pekerjanya dan pendapat daripada seseorang pekerja. Kerana itu adalah lebih baik daripada anda sentiasa mengarah dan mengerah tenaga mereka tanpa membenarkan mereka mengutarakan sebarang pendapat..

Come on lah! Kita ni negara berdemokrasi.. So, setiap orang boleh mengutarakan sebarang pendapat.
Kita tak boleh memperlekehkan perkara tersebut. Jika kita berbuat begitu, secara tidak langsung orang akan dapat menilai, bagaimana cara anda bekerja atau hidup!

Jadi, berhati-hati apabila menilai sebarang pendapat daripada seseorang. Dengar terlebih dahulu penjelasan mereka. Mungkin itu adalah yang benar, dan kita tak seharusnya terus menidakkan pendapat itu..

Walaupun sebelum ini, kita tidak pernah menerima sebarang pendapat yang sama seperti seseorang itu.Kita mesti ingat, bahawa setiap orang pasti akan berbeza pendapat.. Dan pendapat seseorang itu adalah berkemungkinan bukan dari satu hati..

Jadi, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran tentang perkara ini..

Sekian dari luahan perasaan Jokeonsalo =(

No comments:

Post a Comment

Sponsored by Nuffnang