Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 30 January 2012

Awan Nano Juara Lagu - 26

Assalamualaikum buat semua pembaca,
Salam sejahtera Satu Malaysia !

Entri kali ni Jokeonsalo cuma nak ucapkan TAHNIAH kepada Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 iaitu Hafiz dengan lagunya Awan Nano hasil ciptaan Buddhi dan komposernya M.Nasir..
Tahniah buat Hafiz...

~ Hafiz AF7 ~

Murah rezeki budak Hafiz nie, semoga dengan kemenangan nie,membuatkan Hafiz lebih kuat dan gagah dalam mengharumkan hiburan muzik tanah air kita..Tahniah sekali buat Hafiz dengan lagunya yang berjudul Awan Nano!


Tahniah juga buat Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 iaitu gandingan 3 Suara, Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah dengan lagunya Beribu Sesalan!

~ Tiga Suara ~

dan seterusnya Jokeonsalo mengucapkan tahniah juga kepada penyanyi dari program realiti tv One In A Million iaitu Faizal Tahir yang telah mendapat Tempat ke-3 Anugerah Juara Lagu ke 26 dengan lagunya yang berjudul Karma!

~ Faizai Tahir One In a Million ~


Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga yang berjaya menjadi TOP 3 dalam industri muzik tanah air kita..Tidak ketinggalan, Jokeonsalo nak ucapkan tahniah sekali lagi buat Hafiz yang telah merangkul Anugerah Vokal Terbaik Juara Lagu ke 26 dengan lagu yang sama iaitu Awan Nano! Tahniah juga kepada Alyah yang telah menjuari bagi Anugerah Persembahan Terbaik Juara Lagu ke 26 dengan lagu yang berjudul Kisah Hati!

~ Alyah ~


Dengan itu, tamat sudah penantian kita semua yang gemar dengan muzik Malaysia sepanjang tahun..Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan yang kalah jangan berputus asa..Anda masih berpeluang meraih gelaran juara jika anda gigih meneruskan usaha.

Semoga AJL ke 27 tahun hadapan lebih meriah dan lebih mantop berbanding tahun ini...
Bersempena dengan itu, Jokeonsalo dengan berbesar hatinya..Meletakkan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz sbg default music di blog Jokeonsalo ini..Harap para pembaca terhibur dengan lagu tersebut..

Sekian sahaja untuk entri kali ini..
Terima Kasih ~

3 comments:

Sponsored by Nuffnang