Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Showing posts with label Isu Semasa / Current Issue. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa / Current Issue. Show all posts

Tuesday, 3 April 2012

Apabila Nama dipermainkan kerana Sambutan "April Fool" !

“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Wednesday, 21 March 2012

Kes Culik dan Bunuh Semakin Mengganas!

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Satu Malaysia!

Setelah sekian lama Jokeonsalo tak update blog ni, lama sangat rasanya Jokeonsalo mengabaikan blog ni. Kini Jokeonsalo kembali dengan satu perkongsian dimana Jokeonsalo ingin berkongsi tentang kes-kes penculikkan yang kini semakin mengganas dan berleluasa.

Baru-baru ini, negara kiat dikejutkan dengan kes penculikkan dan pembunuhan kejam ke atas adik Nurul Nadirah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Dirang berusia 5 tahun yang berlaku di Masai, Johor Bahru awal Mac lalu sangat menggemparkan seluruh negara kita.

Monday, 20 February 2012

Latif Ibrahim Meninggal Dunia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini Jokeonsalo nak sampaikan satu berita sedih mengenai pemergian pelakon atau penyanyi veteran Latif Ibrahim yang telah kembali ke Rahmatullah awal jam 7petang tadi di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.

Friday, 17 February 2012

Mari Bersama Mencegah Kanser !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Lama juga rasanya Jokeonsalo tak update blog ni. Kesian blog Jokeonsalo, haha.
Baiklah, itu tak jadi masalah. Sekarang Jokeonsalo kembali dengan entri terbaru setelah tiga hari Jokeonsalo menyepi tanpa kabar berita.

Entri kali ini mengenai satu perkongsian, dimana Jokeonsalo nak kongsikan kepada semua pembaca tentang tanda-tanda kanser, penyebab utama dan cara nak mencegah kanser. 
Jokeonsalo rasa perkara ini amat penting untuk dikongsikan bersama kerana sekarang ni Jokeonsalo melihat terlalu ramai manusia yang mudah dijangkiti virus kanser yang tidak diingini. Mari kita teruskan ...

Monday, 13 February 2012

Allah s.w.t Tuhanku, Muhammad s.a.w Nabiku, al-Quran Kitabku, Kaabah Kiblatku, Umat Islam Saudaraku, Haram bagiku "Valentine's Day" !

Assalamualaikum kepada semua para pembaca.

Jokeonsalo rasa, tajuk entri kali ini adalah tajuk yang paling panjang yang pernah Jokeonsalo post ke dalam blog ini setakat ni.

Allah Tuhanku, Muhammad s.a.w Nabiku, al-Quran Kitabku, Kaabah Kiblatku, Umat Islam Saudaraku, Haram bagiku "Valentine's Day" !

Berdasarkan lima petikan ayat pertama dari tajuk entri ni adalah jawapan bagi soalan di alam kubur nanti. Orang yang takut akan mati adalah orang yang masih mempunyai Iman di hatinya. Semoga kita semua bersedia dan sentiasa memperingati mati kerana mati itu adalah pasti di dalam sesebuah kehidupan.

Sunday, 12 February 2012

Gempar Tembak Menembak di Econsave Johor Bahru !

Assalamualaikum, salam sejahtera,
Salam satu Malaysia buat semua :)

Entri kali ni Jokeonsalo nak kongsikan sikit cerita daripada saudara Jokeonsalo yang mendakwa telah berlakunya kejadian tidak diingini iaitu kejadian tembak menembak di pasaraya Econsave berdekatan dengan Taman Daya, Johor Bahru. Biarlah Jokeonsalo perkenalkan saudara Jokeonsalo itu dengan nama Aunty, bersama dua orang anaknya Azween dan Najmi. Menurut Aunty, kejadian itu ber

Saturday, 11 February 2012

Selipar Flip Flop Mengundang Padah!

Assalamualaikum, salam satu Malaysia.
Semalam Jokeonsalo menghabiskan masa dirumah dengan mejelajahi blog-blog yang Jokeonsalo follow dan juga followers Jokeonsalo sendiri. Banyak entri yang menarik, tetapi Jokeonsalo memilih entri ini kerana ia merupakan satu amaran atau pesanan untuk kita semua untuk lebih berhati-hati.

Kegembiraan seorang wanita bertukar menjadi kesedihan apabila selipar kegemaran yang baru dibelinya telah mencacatkan kakinya yang putih dan gebu itu. Dia dikatakan terkena Chemical Burn setelah memakai FlipFlop made in China.

Friday, 10 February 2012

KFC vs Customer

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam satu Malaysia buat semua pembaca...

Baru-baru ni penggemar makanan segera KFC digemparkan dengan berita pergaduhan antara kakitangan dan pelanggan di sebuah restoran KFC sekitar Shah Alam awal bulan Febuari lalu. Jokeonsalo pun terkejut juga dengan berita ini kerana sebelum ini Jokeonsalo yang juga merupakan bekas kakitangan salah sebuah restoran KFC di Johor Bahru.

Sebelum kita teruskan dengan berita pergaduhan ini, mari kita saksikan vid

Tuesday, 7 February 2012

LAPTOP boleh MEMBUNUH !

Assalamualaikum semua para pembaca,
Salam sejahtera Salam satu Malaysia !

Untuk entri kali ni, Jokeonsalo nak share sikit tentang bahayanya laptop anda dirumah, dipejabat, dibilik dan disebagainya.hehe.
BAHAYA?! KENAPA?! LAPTOP TU BOM KE?! LAPTOP TU HANTU KE?!
Itu antara soalan yang Jokeonsalo dapat mula-mula nak tulis pasal entri kali ini.
Jawapan untuk soalan bahaya ke laptop itu adalah YA, dan jawapan untuk soalan kenapa itu adalah seperti cerita ringkas dibawah;


Monday, 6 February 2012

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2012

Assalamualaikum, Salam Sejahtera...
Hari ni Jokeonsalo nak cerita sikit tentang Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) bagi tahun 2012.
Semalam, Jokeonsalo perhatikan timeline di laman sosial Twitter sedang hangat memperkatakan tentang sebuah sekolah di Johor Bahru mendapat SBT Malaysia.Dikatakan, sekolah tersebut mendapat ranking pertama keseluruhan satu Malaysia.
Tetapi,apa yang Jokeonsalo kaji sekolah tersebut bukan lah berada di tempat yang pertama. Mungkin ini adalah salah faham para pelajar sekolah tersebut.

~Tahniah kepada semua sekolah yang terpilih~

Jumlah keseluruhan SBT 2012 diseluruh negara sebanyak 66 buah sekolah seperti yang disenaraikan dibawah mengikut ranking SBT terbaik ;

Thursday, 2 February 2012

Facebook will be end ?!

Assalamualaikum, selamat sejahtera,
Salam satu Malaysia kepada semua pembaca...

Facebook? Siapa didalam dunia ini tak kenal Facebook? Jawapannya bayi yang masih didalam kandungan ibunya. Bukan gurauan tapi bagi Jokeonsalo itu adalah satu fakta dimana di dalam dunia sekarang ini manusia tak berhenti berkata tentang Facebook..Sampaikan ada orang cipta lagu untuk Facebook atau yang berkenaan dengan Facebook..

Seperti yang kita semua tahu, tag line Facebook yang berbunyi "Facebook helps you connect and share with the people in your life" Facebook adalah sebuah laman web sosial yang paling hebat didalam ini dunia. Mana taknya, 750 000 000 (750Juta) akaun yang aktif didalam satu laman.WOW! Tidak hairan lah kalau kita nak cakap yang Facebook ni salah sebuah rangkaian internet terhebat dunia.

~ Facebook will gone? ~

Itu basicly pasal Facebook yang kita dah tahu..
Apa yang Jokeonsalo nak kongsikan pada entri kali ni ialah adakah Facebook akan menamatkan perkhidmatan laman web ini? Bukan bancrupt atau muflis, tetapi tutup!
Betul ke pengasas utama Facebook, Mark Zuckerberg ni nak menamatkan laman web hebat ini?

Mari kita baca bersama foto yang Jokeonsalo dapat sendiri daripada laman Facebook dan sumber daripada blog wordpress

~ it is fact or not? ~
(klik gambar untuk lebih jelas)

Itu adalah salah satu sumber yang Jokeonsalo dapat di sini .
Betul ke Zuckerberg nak tutup Facebook 15 Mac ini?
Gila ke dia? Dah berjuta manusia menyokong website dia, tiba-tiba nak musnahkan macam tu je..
Kalau nak ikut article kat atas tu, Mark Zuckerberg menyatakan, "Facebook has gotten out of control" .
Maksudnya dia tak boleh nak handle lagi ke Facebook tu?
Come on Mark! Bukan Facebook je yang memiliki traffic sehebat itu, banyak lagi.Contoh terdekat adalah YouTube yang didalamnya mengandungi lebih daripada 400Juta video, tidak termasuk komen,perkongsian,akaun pengguna dan sebagainya.

Adakah benar article diatas?!
Jokeonsalo mendapat satu lagi sumber yang menyatakan article tersebut adalah auta semata-mata!
Klik link kat bawah ni, dan korang baca apa kata mereka;


Dah baca?
Keliru tak?entah lah, Jokeonsalo pun tak boleh nak komen apa-apa tentang perkara ni.Sebab kita sendiri tak tahu apa yang akan terjadi kan..
So, apa-apa pun Jokeonsalo cuma nak berpesan sikit kat korang semua,jangan mudah terpadaya dengan satu kata tanpa menyelidik latar belakang kata-kata tersebut.

Akhir kata, Jokeonsalo pun tak tahu nak kata apa lagi?
Kita tengok je la 15 Mac nanti ya.

Kalau betul Mark nak shut down Facebook, I just want to say GOODBY FACEBOOK!
Kalau tak, senang sikit kerja-kerja kita nak berinteraksi dengan orang ramai melalui laman sosial ini.

Sekian !

Monday, 30 January 2012

Awan Nano Juara Lagu - 26

Assalamualaikum buat semua pembaca,
Salam sejahtera Satu Malaysia !

Entri kali ni Jokeonsalo cuma nak ucapkan TAHNIAH kepada Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 iaitu Hafiz dengan lagunya Awan Nano hasil ciptaan Buddhi dan komposernya M.Nasir..
Tahniah buat Hafiz...

~ Hafiz AF7 ~

Murah rezeki budak Hafiz nie, semoga dengan kemenangan nie,membuatkan Hafiz lebih kuat dan gagah dalam mengharumkan hiburan muzik tanah air kita..Tahniah sekali buat Hafiz dengan lagunya yang berjudul Awan Nano!


Tahniah juga buat Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke 26 iaitu gandingan 3 Suara, Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Hamzah dengan lagunya Beribu Sesalan!

~ Tiga Suara ~

dan seterusnya Jokeonsalo mengucapkan tahniah juga kepada penyanyi dari program realiti tv One In A Million iaitu Faizal Tahir yang telah mendapat Tempat ke-3 Anugerah Juara Lagu ke 26 dengan lagunya yang berjudul Karma!

~ Faizai Tahir One In a Million ~


Tahniah diucapkan kepada mereka bertiga yang berjaya menjadi TOP 3 dalam industri muzik tanah air kita..Tidak ketinggalan, Jokeonsalo nak ucapkan tahniah sekali lagi buat Hafiz yang telah merangkul Anugerah Vokal Terbaik Juara Lagu ke 26 dengan lagu yang sama iaitu Awan Nano! Tahniah juga kepada Alyah yang telah menjuari bagi Anugerah Persembahan Terbaik Juara Lagu ke 26 dengan lagu yang berjudul Kisah Hati!

~ Alyah ~


Dengan itu, tamat sudah penantian kita semua yang gemar dengan muzik Malaysia sepanjang tahun..Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan yang kalah jangan berputus asa..Anda masih berpeluang meraih gelaran juara jika anda gigih meneruskan usaha.

Semoga AJL ke 27 tahun hadapan lebih meriah dan lebih mantop berbanding tahun ini...
Bersempena dengan itu, Jokeonsalo dengan berbesar hatinya..Meletakkan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz sbg default music di blog Jokeonsalo ini..Harap para pembaca terhibur dengan lagu tersebut..

Sekian sahaja untuk entri kali ini..
Terima Kasih ~

Monday, 23 January 2012

PANTANG LARANG Baucar Buku Satu Malaysia !

Salam sejahtera buat pembaca 1Malaysia...

Entry kali Jokeonsalo nak kongsikan siket tentang Baucar Buku Satu Malaysia ( BB1M ) yang telah diberikan kepada semua pelajar institut² yang terpilih..

Ok,apa yang Jokeonsalo nak bincangkan utk entry kali ini ialah pantang larang BB1M yg selalu diambil ringan oleh para pelajar..Jokeonsalo yang juga bekerja di salah sebuah kedai buku,ingin memberitahu bahawasanya BB1M ini banyak pantang larangnya yang tersendiri..dan ini telah ditetapkan oleh pihak bank sendiri..

~ contoh Baucar Buku Satu Malaysia ~

Baiklah, kesalahan pertama ialah para pelajar menconteng baucar dgn liquid atau pen utk membuat pembetulan di ruangan "Nama Pelajar" atau "Kad Pengenalan Pelajar"...
Conteng ini adalah perkara yang paling sensitif, walau dgn siket kesan contengan, pihak bank tidak akan menerima baucar ini sekali gus akan menyebabkan kerugian bg sesebuah kedai buku itu..

Kesalahan kedua adalah, pemegang BB1M tidak mempunyai cop rasmi dari pihak universiti atau institusi yang berkenaan di belakang BB1M ini..
Jika pihak kedai buku tidak dapat menerima BB1M anda, maka seharusnya anda pergi semula ke institusi anda utk meminta cop dari piha institusi berkenaan..

~ contoh muka belakang BB1M yang mempunyai cop rasmi institusi ~

Seterusnya, kesalahan yang amat² diambil ringan oleh pemegang BB1M ialah RENYUK !
Dan kesalahan ini adalah amat serius kerana ramai pemegang BB1M mengambil mudah tentang perkara ini..Harus diingat,bahawa nilai BB1M ini adalah RM200! Anda seharusnya menjaga BB1M ini dengan sempurna..kerana tiada peluang ke2 utk anda menerima baucar sebanyak ini..Walaupun percuma, hargailah rezeki pemberian Tuhan ini..
Peringatan! BB1M masih boleh digunakan sekurang²nya terlipat dua bahagian..tetapi BB1M ini tidak dapat diterima apabila terlipat 3 bahagian atau lebih dan renyuk walaupun sedikit..jadi, BERHATI-HATI ye !

Masih ada lagi kesalahan yang diambil ringan, iaitu apabila BB1M terkena air atau basah yang pasti,pihak kedai buku dan bank tidak akan menerima BB1M yang basah dan terdapat kesan basah..
BB1M seperti ini dikira REJECTED VOUCHER !
Ya, walaupun sedikit, ia tetap akan dibatalkan penggunaannya..jadi, berhati² semasa minum air, atau apa² jua yang anda lakukan berdekatan dgn tempat basah,elakkan membawa BB1M anda..

Kesalahan yang terakhir ialah PENIPUAN BB1M !
Iaitu cetakan semula atau mempalsukan BB1M ini menggunakan mesin cetak atau sebagainya...
Wahai manusia sekalian, pihak pekerja kedai buku terpilih akan memeriksa keaslian BB1M anda sebelum mereka menerima pembayaran anda di kedai mereka.
Jadi, jgn lah anda menipu mereka, kerana ini akan menyebabkan malu sendiri dan mungkin anda akan didakwa ke muka pengadilan pihak berkuasa..

Jadi, Jokeonsalo disini sekali lagi ingin berpesan..Berhati² dan hargailah Baucar Buku Satu Malaysia yang bernilai RM200 itu...
Walaupun kesalahan diatas nampak remeh, tetapi ianya sangat serius di mata pekerja kedai buku dan pihak bank sendiri..
Jika BB1M anda tidak dapat diterima pakai, janganlah anda memarahi pihak pekerja kedai buku, kerana ini bukan salah mereka..Mereka hanya mengikut kehendak pihak bank..
Sekali lagi, BERHATI-HATI ya adik² sekalian..

Itu sahaja utk entry Jokeonsalo kali ini..
kalau ada topik seterusnya..Jokeonsalo akan kongsikan bersama anda..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...

jangan lupa tinggalkan komen ye =)

Sponsored by Nuffnang