Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 23 January 2012

Lawak Fakta Antara3Darjat !

Assalamualaikum, Salam Sejahtera buat semua pembaca!


Jokeonsalo nak menghiburkan pembaca dgn sedikit kisah Lawak Fakta Antara Tiga Darjat iaitu "Kelas Atasan", "Kelas Pertengahan" dan "Kelas Bawahan" dgn situasi yang berbeza..
Mari kita renungkan :


SITUASI 1 : Makan di luar.

Kelas Atasan = Hanya memilih restoran² ekslusif atau restoran ternama sahaja.Kadang²,restoran mahal tapi nama tak sedap pon dorang tak nak masok.
Kelas Pertengahan = Tidak memilih atau menetapkan untuk makan dimana² sahaja.Walaupun rumah mereka bersebelahan dengan restoran terkemuka.
Kelas Bawahan = Makan di luar bermaksud makan hanya di depan pintu rumah dengan semangkuk mi segera dengan tujuan meminta simpati.

~ gambar hiasan ~

SITUASI 2 : Pakaian

Kelas Atasan = Bonia, Crocodile, Polo, Adidas, Nike yang berharga RM200 ke atas itu adalah menjadi pilihan utama.Seminggu pakai, beli baru! Kadang² beli hanya utk menunjuk sehari, esok buang!
Kelas Pertengahan = Bundle menjadi pilihan utama tetapi tidak kesemuanya begitu.Ada yang nak merasa pakaian seperti orang kaya,tapi 25hari muflis sementara menunggu gaji.
Kelas Bawahan = Kain langsir terpakai, kain pelekat lusuh dan segala yang terbawah adalah yang teristimewa bg mereka.Bersyukur dgn apa yang ada.


SITUASI 3 : Kenderaan

Kelas Atasan = Memilih kenderaan yang harganya sama dgn sebijik rumah yang mereka duduki. Tapi yang peliknya, kereta mahal² pun tak nak bawak sendiri sampai mengupah pemandu peribadi yang lebih rendah darjatnya.
Kelas Pertengahan = Biarlah harga rumah itu mahal, tapi kenderaan bg mereka bkn keutamaan. Sehinggakan mereka lebih ramai pemandu upahan seperti pemandu teksi atau pemandu bas yang boleh membawa mereka bersiar².
Kelas Bawahan = Mereka tak naik bas, tapi mereka ada basikal yang langsung tidak memerlukan perkhidmatan yang boleh mengeluarkan modal yang banyak.Dengan itu,mereka lebih berjimat dari yang lain.


SITUASI 4 : Bercuti

Kelas Atasan = Bercuti diluar negara menjadi hobi, ada yang gila banyak sangat duit sampai nak bercuti ke bulan dan matahari ( bercuti ke luar bumi )
Kelas Pertengahan = Bercuti bersama keluarga hanya ditempat² terdekat sahaja. Jimat budget utk kumpul duit pergi haji.
Kelas Bawahan = Bercuti di halaman rumah menanam bunga utk dijual dipasaran menambahkan lagi pendapatan harian.


SITUASI 5 : Perbualan

Kelas Atasan = Lahir di Malaysia berbual dgn orang Malaysia dengan menggunakan bahasa ibu tiri ( English British ) dan melupakan bahasa ibunda sendiri..Tapi,bila da tak tahu sangat, diselitkan jugak bahasa ibunda sendiri..Rojak la tu !
Kelas Pertengahan = Mengutamakan bahasa ibunda, tetapi sampai melupakan terus bahasa antarabangsa. Macam mana nak belajar ke luar negara tu ?
Kelas Bawahan = Berbual bersahaja yang penting saling faham memahami.


Jokeonsalo nak buat pengumuman terbuka buat semua pembaca.Entry ini akan diadakan sambungan situasi demi situasi yang akan dipostkan 2 kali seminggu.
Jokeonsalo cuma ingin tahu, kalau ada antara pembaca yang ada idea atau pendapat tersendiri..Boleh lah kongsikan bersama di Topik Lawak Fakta Antara 3 Darjat ini..
Kalau ada sebarang idea, boleh lah anda post kat ruangan komen atau email kan sahaja idea itu kpd Jokeonsalo..
Fakta ni semua dikeluarkan atas rekaan sendir oke..mungkin ada yang betul mungkin tidak..yang penting tidak ada kene mengene dgn yang hidup mahupun yg telah meninggal dunia...
dengan itu, tamatlah episodSITUASI 1-5 Lawak Fakta Antara 3 Darjat ini...

Sekian terima kasih..
Sila tinggalkan komen anda ye..






No comments:

Post a Comment

Sponsored by Nuffnang