Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Showing posts with label Experience. Show all posts
Showing posts with label Experience. Show all posts

Sunday, 5 February 2012

Tidur Lena atau Bangun Bertaubat ?!


Sleep,
A wonderful thing when we enjoy it.
Give a satisfaction to the people.
But do you know
over sleep is a bad thing!


Awake,
Something that very difficult for us to accept
when we wake up from sleep,
Sometimes made us felt angry when this happens.
But do you know
awakened from sleep in the early morning
is a good thing for you!


Because the woke up,
Your have the opportunity to face Allah,
To repent, wishes and supplications to Allah,
and this time is the most nice to us!

Friday, 3 February 2012

Berhenti Mengharap

Assalamualaikum semua =)

Tajuk entri macam sedih kan, tapi sebenarnya tak lah sedih pun isi kandungannya..
Jadi, dont judge the entry by its title ok...

Jokeonsalo nak kongsikan satu cerita yang berkenaan dengan tajuk diatas.
Berhenti Mengharap?
Ceritanya begini, tengah hari tadi semasa pulang dari masjid selepas menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Jokeonsalo terserempak dengan sahabat baik Jokeonsalo yang telah sekian lamanya tidak berjumpa.
Biarlah Jokeonsalo perkenalkan sahabat Jokeonsalo itu dengan nama Pok Cik sahaja. Tapi memang orang ramai panggil dia Pok Cik pun. Seorang lelaki yang sudah berusia lebih dari tiga puluh tahun rasanya.

try for success is better than keep feeling stressed ~


Panjangnye intro,haha. Ok,selepas terserempak dengan Pok Cik, Jokeonsalo pun bersalaman dengan dia. Tanya khabar dan sebagainya. Kemudian, Jokeonsalo cuma nak pendapat dari dia. Jokeonsalo cuma bertanyakan tentang mana nak cari kerja yang lebih bagus Pok Cik?
Satu soalan, tujuh perkataan sahaja.dan jawapan yang diberikan Pok Cik ialah ;

Wednesday, 1 February 2012

Mari Bersama ke Hadapan !

Salam sejahtera everibodi,everiday,everinite and the eveready...wakaka!!!

Posting yg lepas Jokeonsalo penah kongsikan tentang kunci kebahagiaan iaitu dgn bersyukur...so,bile Jokeonsalo fikir2 punye fikir...memerah otak ape pulak posting utk arini, Jokeonsalo dpt gak idea..yes,Jokeonsalo percaya idea yg Jokeonsalo dpt ni pun maybe dari yg Maha Esa...arini Jokeonsalo nak post tentang MENUJU LEBIH KEHADAPAN ...

Mengikut pengalaman Jokeonsalo berkawan dgn ramai² orang...Jokeonsalo kurang berminat orang yg suka sangat memandang masa2 yg telah berlalu...ye,Jokeonsalo akui memang tak salah untuk kita imbas kembali zaman lalu,tapi itu semua boleh membantutkan usaha korang untuk maju kehadapan guys!

Ada penceramah yg mengulas,zaman silam kita atau kisah² hitam hidup kita yangg lepas boleh mengajar kita untuk memperbaiki kesalahan dan tidak mengulangi kesilapan yang lalu,Jokeonsalo SETUJU!

TAPI,,,Jokeonsalo tengok budak² sekarang kalau da fikir ke belakang,sampai ke sudah asyik ke belakang je!!

tak tahu bile nak ke depan,heran gak Jokeonsalo...

Jokeonsalo pun bukan nak cakap diri ni perfect sangat,tapi kita perlu mencari jalan untuk terus kehadapan...

COME ON GUYS !!! WAKE UP !!!


( Sekadar gambar hiasan, HEHEHE...saje je nak tayang gambar sendiri
Mungkin gambar ni kene dngan tajuk posting ni kott !
tu yang Jokeonsalo sumbat masok dlm posting kali ni...HAHAHA )


Jokeonsalo pernah baca satu quotations ni, dan Jokeonsalo sokong dengan kata² yang diberikan!
Kita,kami,semua,dan seluruh insan ada matlamat,visi dan misi masing²...
dan semua tu memerlukan seribu satu cara yg perlu kita ketahui...
Untuk menuju mendapatkan seribu satu cara itu,KITA PERLU BERANI utk maju dan melangkah satu tapak kehadapan utk maju 1001 kejayaan dihadapan...
So,kalau korang rasa takut² dan tak berani utk melangkah satu tapak kehadapan,memang sampai bila² la korang tak akan ke depan kan...


dan sekarang kesimpulannya,
memang tak salah korang nak kenang²kan kembali zaman² silam,kisah² hitam sejarah hidup korang tu,
Jokeonsalo pon kadang² ade gak memandang kebelakang,
sebab yangg dibelakang itulah mengajar kita untuk berani terus kehadapan untuk membina hidup baru yang lebih bermakna...
Nabi junjungan kita,Nabi Muhammad saw pun ade bersabda yang bermaksud:

"Wahai umatku,
jadikanlah hari ini lebih 
baik dari hari semalam,
dan hari esok bertambah baik 
dari hari ini."

Dari sabda baginda Rasulullah s.a.w itu,kita boleh ambil ia sebagai satu pegangan untuk menuju kehadapan dan memastikan yang didepan itu lebih baik dari yang dibelakang...
kepada sahabat,saudara handai,dan semua kenalan,dan juga pada diri aku sendiri,
Marilah kita bersama² berani melangkah satu tapak kehadapan untuk menuju 1001 kebahagiaan dan kejayaan dihadapan kita...disamping tu,usaha mesti diselitkan ya guys!
Jangan cuma ke depan,tapi tangan kosong,kalau macam tu stay je la kat situ sampai bila²...hehehe...


Posting ni Jokeonsalo post bukan nak ditujukan untuk siapa²,just untuk berkongsi dengan semua member²...
Supaya korang semua lebih berani dan sifat ingin mencuba untuk maju lebih kehadapan itu ada tersemat didalam diri korang...
Jokeonsalo ni pon bukannya perfect sangat,tapi orang kata...
Kalau ade ilmu yang lebih tu,kongsi²kan lah pada kenalan..jangan jadi manusia yang kedekut..
So,dgn kata² tu Jokeonsalo izinkan kepada sesiapa je nak share posting Jokeonsalo ni untuk kenalan korang yangg lain...
SEMOGA SUKSES GUYS  !


Sekian utk posting kali ini...
~TQ~

Lain Orang Lain Pendapat !

Assalamualaikum semua pembaca yang Jokeonsalo hormati !
Salam sejahtera salam satu Malaysia !

Hari ni Jokeonsalo nak kongsikan siket tentang bagaimana kita perlu menghargai dan menerima sebarang pendapat daripada orang yang berbeza.

Bagi Jokeonsalo, setiap orang di muka bumi ni pasti akan berbeza dari segi pemikiran masing².
dan setiap orang pasti akan berbeza pendapat.Mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yang salah.

~ termenung sekejap tu kadang² ada bagusnya ~

Disini, Jokeonsalo cuma nak berpesan pada korang semua, dan untuk diri Jokeonsalo sendiri.
Kita tidak perlu menjatuhkan seseorang itu dari segi pendapat yang mereka berikan.
Kita harus meneliti dan mengkaji pendapat daripada seseorang itu sebelum kita menilainya.
Contohnya,sebagai seorang orang atasan disesebuah syarikat atau lebih dikenali sebagai boss. Anda seharusnya tidak boleh memperlekehkan sebarang pendapat yang disuarakan oleh pekerja anda kerana pendapat itu mungkin boleh menyelamatkan sesebuah syarikat atau tempat kerja itu.
Seorang boss harus lah mengambil berat tentang para pekerjanya dan pendapat daripada seseorang pekerja. Kerana itu adalah lebih baik daripada anda sentiasa mengarah dan mengerah tenaga mereka tanpa membenarkan mereka mengutarakan sebarang pendapat..

Come on lah! Kita ni negara berdemokrasi.. So, setiap orang boleh mengutarakan sebarang pendapat.
Kita tak boleh memperlekehkan perkara tersebut. Jika kita berbuat begitu, secara tidak langsung orang akan dapat menilai, bagaimana cara anda bekerja atau hidup!

Jadi, berhati-hati apabila menilai sebarang pendapat daripada seseorang. Dengar terlebih dahulu penjelasan mereka. Mungkin itu adalah yang benar, dan kita tak seharusnya terus menidakkan pendapat itu..

Walaupun sebelum ini, kita tidak pernah menerima sebarang pendapat yang sama seperti seseorang itu.Kita mesti ingat, bahawa setiap orang pasti akan berbeza pendapat.. Dan pendapat seseorang itu adalah berkemungkinan bukan dari satu hati..

Jadi, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran tentang perkara ini..

Sekian dari luahan perasaan Jokeonsalo =(

Monday, 23 January 2012

Kisah satu video satu Malaysia

Salam sejahtera para pembaca ~~~

Jokeonsalo terkenang teringat kembali di zaman persekolahan dulu...
Macam² yg berlaku, ada gelak,ade yg kene marah, kene rotan, gaduh tu normal skarang nie..hehe =P
apa² pun,apa yg Jokeonsalo nk kongsikan nie, adalah sebuah pengalaman yang paling Jokeonsalo tak dpt nk lupa kan masa di zaman persekolahan yang dah tinggalkan hampir TIGA tahun yang lepas...

Video yg kat bwh nie, adalah video persembahan terbaik Jokeonsalo bersama rakan² para sahabat di sekolah dulu...
Kami telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan persembahan terbaik...

Sebelum tu, korang saksikan dan tontonilah dulu video kt bawah nie ye :

Tajuk Persembahan :
KISAH MALAM SATU MALAYSIA


Amacam? Kelakar tak?
Jokeonsalo sendiri nak tergelak tgok video nie...

Jokeonsalo pun tak sangka yg kami boleh mendapat Juara pada pertandingan tersebut..

Bagaimanapun, ini adalah satu²nya pengalaman Jokeonsalo semasa di sekolah yang tak dapat nak dilupakan...
Anda ada pengalaman yg lebih menarik? Marilah kongsikan bersama Jokeonsalo..

Hope,anda semua enjoy...
Thats all for this entry,
Thank You Readers...

Sponsored by Nuffnang