Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 23 January 2012

PANTANG LARANG Baucar Buku Satu Malaysia !

Salam sejahtera buat pembaca 1Malaysia...

Entry kali Jokeonsalo nak kongsikan siket tentang Baucar Buku Satu Malaysia ( BB1M ) yang telah diberikan kepada semua pelajar institut² yang terpilih..

Ok,apa yang Jokeonsalo nak bincangkan utk entry kali ini ialah pantang larang BB1M yg selalu diambil ringan oleh para pelajar..Jokeonsalo yang juga bekerja di salah sebuah kedai buku,ingin memberitahu bahawasanya BB1M ini banyak pantang larangnya yang tersendiri..dan ini telah ditetapkan oleh pihak bank sendiri..

~ contoh Baucar Buku Satu Malaysia ~

Baiklah, kesalahan pertama ialah para pelajar menconteng baucar dgn liquid atau pen utk membuat pembetulan di ruangan "Nama Pelajar" atau "Kad Pengenalan Pelajar"...
Conteng ini adalah perkara yang paling sensitif, walau dgn siket kesan contengan, pihak bank tidak akan menerima baucar ini sekali gus akan menyebabkan kerugian bg sesebuah kedai buku itu..

Kesalahan kedua adalah, pemegang BB1M tidak mempunyai cop rasmi dari pihak universiti atau institusi yang berkenaan di belakang BB1M ini..
Jika pihak kedai buku tidak dapat menerima BB1M anda, maka seharusnya anda pergi semula ke institusi anda utk meminta cop dari piha institusi berkenaan..

~ contoh muka belakang BB1M yang mempunyai cop rasmi institusi ~

Seterusnya, kesalahan yang amat² diambil ringan oleh pemegang BB1M ialah RENYUK !
Dan kesalahan ini adalah amat serius kerana ramai pemegang BB1M mengambil mudah tentang perkara ini..Harus diingat,bahawa nilai BB1M ini adalah RM200! Anda seharusnya menjaga BB1M ini dengan sempurna..kerana tiada peluang ke2 utk anda menerima baucar sebanyak ini..Walaupun percuma, hargailah rezeki pemberian Tuhan ini..
Peringatan! BB1M masih boleh digunakan sekurang²nya terlipat dua bahagian..tetapi BB1M ini tidak dapat diterima apabila terlipat 3 bahagian atau lebih dan renyuk walaupun sedikit..jadi, BERHATI-HATI ye !

Masih ada lagi kesalahan yang diambil ringan, iaitu apabila BB1M terkena air atau basah yang pasti,pihak kedai buku dan bank tidak akan menerima BB1M yang basah dan terdapat kesan basah..
BB1M seperti ini dikira REJECTED VOUCHER !
Ya, walaupun sedikit, ia tetap akan dibatalkan penggunaannya..jadi, berhati² semasa minum air, atau apa² jua yang anda lakukan berdekatan dgn tempat basah,elakkan membawa BB1M anda..

Kesalahan yang terakhir ialah PENIPUAN BB1M !
Iaitu cetakan semula atau mempalsukan BB1M ini menggunakan mesin cetak atau sebagainya...
Wahai manusia sekalian, pihak pekerja kedai buku terpilih akan memeriksa keaslian BB1M anda sebelum mereka menerima pembayaran anda di kedai mereka.
Jadi, jgn lah anda menipu mereka, kerana ini akan menyebabkan malu sendiri dan mungkin anda akan didakwa ke muka pengadilan pihak berkuasa..

Jadi, Jokeonsalo disini sekali lagi ingin berpesan..Berhati² dan hargailah Baucar Buku Satu Malaysia yang bernilai RM200 itu...
Walaupun kesalahan diatas nampak remeh, tetapi ianya sangat serius di mata pekerja kedai buku dan pihak bank sendiri..
Jika BB1M anda tidak dapat diterima pakai, janganlah anda memarahi pihak pekerja kedai buku, kerana ini bukan salah mereka..Mereka hanya mengikut kehendak pihak bank..
Sekali lagi, BERHATI-HATI ya adik² sekalian..

Itu sahaja utk entry Jokeonsalo kali ini..
kalau ada topik seterusnya..Jokeonsalo akan kongsikan bersama anda..
TERIMA KASIH UNTUK SEMUA...

jangan lupa tinggalkan komen ye =)

5 comments:

  1. nak tanya sikit, mmg xde cara dah ke utk membolehkan baucar tu diguna semula?? sbb sy tersalah tulis nama sikit dan potong satu huruf je gune pen..sptutnye phak ipta kenela maklumkan kpd sume pljr pantang larang baucar ni, barulah kami sume akan aware and be careful...ni tak, last2 kami gak terkena..

    ReplyDelete
  2. ok cik raufanis...
    berkenaan dgn kes awak ni..
    Jokeonsalo pon tak tahu nk terangkan macam mana,sbb nie semua adalah syarat2 yang telah ditetapkan oleh pihak bank...pihak bank tidak dapat menerima segala cacat cela yang teradapat di baucar tersebut..jika pekerja kedai buku menerima baucar tersebut,maka kedai buku itu akan mengalami kerugian..
    berkenaan pula dg pihak ipta yg tidak memaklumkan dari awal pantang larang baucar ini, Jokeonsalo tidak dapat membantu sbb itu adalah antara pihak awk dgn ipta sendiri..

    ReplyDelete
  3. oooooo,...baru tahu...hehe..thanks for sharing =D

    ReplyDelete
  4. snow simpan dalam peti besi .. haha! fuh seb bek tak bwak blik kalau tak..mesti kedut seribu

    ReplyDelete
  5. huhu , naseb baek memg jage elok2 la , mhl tuh rm200 , and memg tanak pegang lame2 voucher tkowt rosak , so gune awl2

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang