Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Saturday 28 January 2012

Tiada yang Sempurna !


Salam sejahtera all my readers =)
Entry kali Jokeonsalo just nk bekongsi tentang, JANGANLAH KITA TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN kerana TIADA YANG SEMPURNA di dunia ini...bak kata dak2 skarang,nobody perfect and i am nobody..


Jika kamu memancing ikan,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...

- gambar hiasan -



Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
ke dalam air begitu sahaja,
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kail mu dan
mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup...

BEGITULAH JUA ,,,

Setelah kamu memberi banyak
PENGHARAPAN kepada seseorang,
Setelah ia mula MENYAYANGIMU
hendaklah kamu MENJAGANYA hatinya,
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya
begitu sahaja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh
kenangan bersamamu dan
TIDAK akan MELUPAKAN segalanya
selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan,
Janganlah menganggap ia begitu teguh,
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu,
Apabila ia retak,
Tentu sukar untuk menampalnya,
Akhirnya ia dibuang..



Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya

mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki sese0rang,
TERIMALAH seadanya.....
Janganlah kamu mengaguminya dan 

janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA...

Anggaplah dia manusia biasa..

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA 
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS 


hingga ke akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi....
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan.Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
Cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak,nasi itu akan basi dan kamu 
tidak boleh memakannya.


kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah 
bertemu dengan se0rang insan...
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu..
Apabila skali dia melakukan KESILAPAN 


bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...

Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.



MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.



Kelak,kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia memjadi milik orang lain...

dan akhirnyaa... 

Kamu juga yang akan
MENYESAL

Tiada yang diciptakan sempurna di atas dunia ini,
maka,KUNCI kebahagiaan sebenar adalah dengan BERSYUKUR
dgn pemberian dan kurniaan dari ALLAH swt...

Sekian dari Jokeonsalo,
TQ for all readers ~



2 comments:

  1. Syukur di atas segala kurniaanNya kerana Dia lebih Maha Mengetahui..:)

    ReplyDelete
  2. terimakasih di atas komen awak..saya setuju dengan awak ungu..semoga kita semua boleh belajar dari kelemahan..

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang