Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Friday 3 February 2012

Berhenti Mengharap

Assalamualaikum semua =)

Tajuk entri macam sedih kan, tapi sebenarnya tak lah sedih pun isi kandungannya..
Jadi, dont judge the entry by its title ok...

Jokeonsalo nak kongsikan satu cerita yang berkenaan dengan tajuk diatas.
Berhenti Mengharap?
Ceritanya begini, tengah hari tadi semasa pulang dari masjid selepas menunaikan Solat Fardhu Jumaat, Jokeonsalo terserempak dengan sahabat baik Jokeonsalo yang telah sekian lamanya tidak berjumpa.
Biarlah Jokeonsalo perkenalkan sahabat Jokeonsalo itu dengan nama Pok Cik sahaja. Tapi memang orang ramai panggil dia Pok Cik pun. Seorang lelaki yang sudah berusia lebih dari tiga puluh tahun rasanya.

try for success is better than keep feeling stressed ~


Panjangnye intro,haha. Ok,selepas terserempak dengan Pok Cik, Jokeonsalo pun bersalaman dengan dia. Tanya khabar dan sebagainya. Kemudian, Jokeonsalo cuma nak pendapat dari dia. Jokeonsalo cuma bertanyakan tentang mana nak cari kerja yang lebih bagus Pok Cik?
Satu soalan, tujuh perkataan sahaja.dan jawapan yang diberikan Pok Cik ialah ;


" Salo, kita ni sebagai manusia mesti berusaha.Kau tak boleh nak mengharapkan member² kau je untuk cari kerja! Kau mesti usaha sendiri untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang terbaik. Aku cuma boleh bagitahu, kau beli surat khabar News Straits Time setiap hari Rabu, dan Mingguan setiap Ahad. Dalam paper tu kau akan jumpa banyak peluang pekerjaan.Usaha sendiri Salo! Kau nak cari kat internet pun banyak. Aku nak pesan, kau cetak resume kau banyak², 10 copy pun takpa.Hantar kat semua tempat kerja yang ada kosong.Dalam 10 tu, insyaAllah kau akan dapat satu.Kalau ada rezeki lebih lah.Kau tak boleh terus menunggu tawaran kerja tu datang.Kita kena usaha sendiri.Jangan tunggu lama².Kau nak tunggu umur kau dah 45 tahun baru dapat tawaran kerja.10 tahun kau kerja,lepas tu pencen! Macamana kau nak kumpul duit untuk masa depan kau?! Aku nasihatkan,kau usaha sendiri demi masa depan kau.Berhenti mengharap sangat kat kawan².Sebab,kawan ni masa susah je cari kita,senang esok dia lupakan kita.Jangan biar mak bapak kau kecewa dengan engkau.Usaha Salo! " - Pok Cik

Berapa patah perkataan tu?!
Bertakung jugak lah airmata Jokeonsalo bila dengar nasihat sahabat Jokeonsalo macam tu. Tak sangka dia dah berubah sekarang, Alhamdulillah..
Dari pesanan Pok Cik tu, semangat Jokeonsalo untuk menjadi lebih baik dan sangat baik tanpa mengharapkan orang lain berkobar-kobar di dalam dada.Haha.Tapi, apa pun, Jokeonsalo nak ucapkan terima kasih banyak kat Pok Cik yang dah membebel berupa pesanan yang berguna untuk Jokeonsalo.

Jokeonsalo cuma kongsikan cerita ni untuk semua, bahawa pesanan Pok Cik tu sangat bermakna dan berguna. Terpulang kepada individu masing² samada nak ikut atau tidak.Cerita ini dikongsikan atas dasar Jokeonsalo nak berkongsi ilmu yang Jokeonsalo dapat daripada sahabat Jokeonsalo sendiri.
Semoga kalian sukses!

TERIMA KASIH POK CIK!

Sekian untuk entry kali ini...
chiow chin chiowww ~~~

No comments:

Post a Comment

Sponsored by Nuffnang