Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 20 February 2012

Latif Ibrahim Meninggal Dunia!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri kali ini Jokeonsalo nak sampaikan satu berita sedih mengenai pemergian pelakon atau penyanyi veteran Latif Ibrahim yang telah kembali ke Rahmatullah awal jam 7petang tadi di Unit Rawatan Rapi Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.
Abdul Latif bin Ibrahim



PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Semoga keluarga beliau tabah dan kuat mengharungi segala ujian dari yang Maha Esa.
Salam Takziah.

Al-Fatihah...

Sekian...

Sumber : mStar Online!

3 comments:

  1. Terkejut dengar berita ni. Membalas kunjungan. Terima kasih sudi komen kat blog AWIE OMAR :)

    ReplyDelete
  2. Al-fatehah untuk anak seni ini..semoga dicucuhri rahmat dan ditempatkan didalam golongan yang dikasihi nya.amin.

    ReplyDelete
  3. innalillahiwainnailaihirojiun...smoga roh arwah d tmptkan di kalangan org2 yg beriman..amin

    baru tahu sal berita ne..terkejut plak..sedih pun ada..huhu

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang