Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Sunday 12 February 2012

Gempar Tembak Menembak di Econsave Johor Bahru !

Assalamualaikum, salam sejahtera,
Salam satu Malaysia buat semua :)

Entri kali ni Jokeonsalo nak kongsikan sikit cerita daripada saudara Jokeonsalo yang mendakwa telah berlakunya kejadian tidak diingini iaitu kejadian tembak menembak di pasaraya Econsave berdekatan dengan Taman Daya, Johor Bahru. Biarlah Jokeonsalo perkenalkan saudara Jokeonsalo itu dengan nama Aunty, bersama dua orang anaknya Azween dan Najmi. Menurut Aunty, kejadian itu ber
laku pada hari Sabtu, 11 Febuari 2012, waktu dalam lingkungan 10.50 - 11.30 pagi.


Aunty mendakwa, semasa beliau ingin membuat pembayaran di kaunter cashier dan kakitangan di kaunter sedang membuat scanning harga barang-barangan yang dibeli Aunty, cuma tinggal lagi 4 ke 5 barang yang belum di-scan Aunty mendakwa terdengar seperti bunyi letupan mercun "tumm, tumm tumm!" berdas-das. Aunty yang pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa dikejutkan dengan seseorang yang menunjuk ke arah kejadian tersebut dan didapati ribuan manusia telah berpusu-pusu berlari ketakutan kearah pintu masuk Econsave tersebut. Aunty yang panik, memegang erat kedua-dua anaknya dan berlari untuk selamatkan diri.  

Bunyi tembakan masih kedengaran dengan begitu jelas. Aunty mendakwa bahawa tembakan itu berlaku berdekatan dengan pintu keluar dari Econsave. Berikutan itu, pelanggan yang berhampiran dengan pintu itu berlari bertempiaran ke arah pintu masuk Econsave. Ini menyebabkan ramai orang yang bertentangan dan berlaga sesama sendiri. Aunty yang juga berlari untuk keluar dari bangunan itu berlaga dengan orang ramai dan juga dinding yang berhampiran menyebabkan Aunty mengalami luka kecik dibahagian tangannya. Anak lelakinya, Najmi yang baru berusia 10 tahun dirempuh dengan orang ramai dan Najmi mengalami kecederaan ringan seperti bengkak di bahunya. Manakala anak perempuan Aunty, Azween yang berusia 14 tahun hanya menuruti langkah ibunya dan menangis tidak berhenti.

Alhamdulillah, mereka bertiga selamat keluar daripada pasaraya tersebut dan terus berlari menuju ke arah keretanya di tempat letak kereta. Suami kepada Aunty, yang bernama Raja menunggu didalam kereta juga terkejut melihat keadaan isteri dan anak-anaknya yang berlari menangis ke arah kereta. Dengan rahmat Allah, mereka berempat selamat sampai kerumah tanpa mengalami apa-apa masalah kecederaan yang berat melainkan luka kecil sahaja.

Cerita Aunty lagi, beliau sendiri tidak tahu apa punca sebenar berlakunya kejadian tersebut. Aunty cuma membuat andaian bahawa kejadian itu mungkin berlaku di kedai emas yang terletak berhampiran dengan pintu keluar pasraya Econsave tersebut. Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Aunty melihat beberapa kereta peronda Polis meluru ke kawasan kejadian.

Begitulah cerita Aunty yang sangat mencemaskan itu. Azween yang terkejut dengan kejadian itu tidak banyak cakap kerana dia mengalami demam ringan mungkin daripada kesan terkejut yang berlaku. Namun, anak lelaki Aunty cuma mengalami lemah semangat sahaja tetapi Alhamdulillah tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kesakitan yang teruk.

Jokeonsalo yang melawat Aunty dirumahnya semalam selepas menunaikan solat fardhu Maghrib, Jokeonsalo dapat melihat keceriaan di wajah Aunty apabila melihat Jokeonsalo sekeluarga melawat beliau dan anak-anaknya. Semoga Aunty dan anak-anak dapat kuatkan semangat untuk meneruskan hidup. Apa yang penting, semuanya selamat, Alhamdulillah.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Sponsored by Nuffnang