Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Friday 17 February 2012

Mari Bersama Mencegah Kanser !


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera !

Lama juga rasanya Jokeonsalo tak update blog ni. Kesian blog Jokeonsalo, haha.
Baiklah, itu tak jadi masalah. Sekarang Jokeonsalo kembali dengan entri terbaru setelah tiga hari Jokeonsalo menyepi tanpa kabar berita.

Entri kali ini mengenai satu perkongsian, dimana Jokeonsalo nak kongsikan kepada semua pembaca tentang tanda-tanda kanser, penyebab utama dan cara nak mencegah kanser. 
Jokeonsalo rasa perkara ini amat penting untuk dikongsikan bersama kerana sekarang ni Jokeonsalo melihat terlalu ramai manusia yang mudah dijangkiti virus kanser yang tidak diingini. Mari kita teruskan ...

AWAS !
Kanser adalah pembunuh nombor satu dunia !


Tanda - tanda Awal Kanser :
  1. Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
  2. Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
  3. Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
  4. Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
  5. Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
  6. Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
  7. Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
  8. Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
  9. Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
  10. Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
  11. Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.


10 Penyebab Utama Kanser :
  1. Makanan
  2. Tembakau
  3. Alkohol
  4. Radiasi
  5. Sinaran cahaya matahari
  6. Pekerjaan
  7. Pengambilan ubat
  8. Pencemaran air dan udara
  9. Perokok yang tidak aktif
  10. Keturunan


MARI BERSAMA MENCEGAH KANSER !


Teh dan Kanser

Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.


Diet untuk Mencegah Kanser !
  • Hindari makanan berlemak dan bergoreng
  • Hindari makanan ringan yang masam
  • Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
  • Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
  • Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil


Ok, begitulah apa yang Jokeonsalo nak kongsikan pada entri kali ini.
Semoga korang semua berhati-hati dan sentiasa menjaga kesihata setiap masa supaya dijauhi sebarang penyakit yang tidak diingini.
Dan yang paling pentinga adalah, berhati-hati dan sentiasa mengawal cara pemakanan harian anda kerana mengikut kajian, makanan adalah faktor utama kanser.

Untuk nasihat dan maklumat lanjut mengenai kanser, korang boleh lah berunding sendiri dengan klinik atau hospital berhampiran.

Semoga kita semua dijauhi penyakit berbahaya ini.

Sekian.

3 comments:

  1. Ok...banyak jugak ni yang perlu dihindarkan ni...huaaa

    ReplyDelete
  2. inshaAllah,..sama2 elakkan .. ^_^ bahaya.sekali kena, sukar nak patah balik... terima kasih singgah ke blog.. ^_^

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang