Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 13 February 2012

Lelaki vs Perempuan ! ( INTRO )

Assalamualaikum, Salam sejahtera.
Salam satu Malaysia...

Entri yang bertajuk "Lelaki vs Perempuan" ini Jokeonsalo akan buat setiap minggu sekali atau dua kali mengikut masa yang terluang bagi Jokeonsalo. Baiklah, sebenarnya entri kali ini Jokeonsalo inginkan pendapat daripada pembaca untuk memenuhi ruang entri dengan topik ini. Jokeonsalo mahukan kerjasama daripada semua pembaca untuk berkongsikan tentang lelaki berlawanan dengan perempuan, contohnya :

************************************************************
Lelaki ; Bila seorang lelaki mengatakan Ya, maka lelaki itu benar-benar bermaksudkan begitu.
Perempuan ; Jika seorang perempuan mengatakan Ya, sebenarnya perempuan itu masih memerlukan pendapat dari seorang lelaki.
************************************************************

Ya, begitulah contoh di atas.
Setiap seorang daripada anda boleh mengemukakan sebanyak mana fakta tentang lelaki berlawanan dengan perempuan ini di ruangan komen di bawah mengikut pengetahuan masing-masing.
Jokeonsalo akan memilih fakta yang paling bernas dan menarik untuk di-publish-kan pada entri seterusnya yang akan datang, minggu demi minggu.

Bagi pendapat yang Jokeonsalo terima, Jokeonsalo akan letakkan link Blog, link Facebook/Twitter di bawah fakta tersebut dan Jokeonsalo akan memaklumkan sendiri bahawa fakta anda telah terpilih untuk entri kali ini di akaun Blog, Facebook/Twitter anda. Contohnya ;

************************************************************
Lelaki ; Bila seorang lelaki mengatakan Ya, maka lelaki itu benar-benar bermaksudkan begitu.
Perempuan ; Jika seorang perempuan mengatakan Ya, sebenarnya perempuan itu masih memerlukan pendapat dari seorang lelaki.

Mereka yang bersuara:
************************************************************

Begitulah contoh yang Jokeonsalo akan paparkan untuk entri akan datang. Jadi, korang haruslah meninggalkan link Blog, Facebook/Twitter korang kat ruangan komen selepas korang kongsikan fakta atau pendapat tentang lelaki vs perempuan ini.
Jika korang gagal meninggalkan link tersebut, maka besar kemungkinan pendapat itu tidak akan dipilih untuk masuk ke entri "Lelaki vs Perempuan" yang seterusnya.

Untuk tajuk entri yang mendatang, Jokeonsalo akan post by #1 untuk episod pertama dan seterusnya. Contohnya "Lelaki vs Perempuan #1" atau "Lelaki vs Perempuan #2 dan seterusnya minggu demi minggu.
Jokeonsalo berharap sangat agar korang semua sudi memberikan pendapat dan berkongsi di blog Jokeonsalo ini.

~ click on the image to support this blog ~


Tujuan Jokeonsalo tubuhkan entri sebegini adalah untuk merapatkan hubungan Silaturrahim antara blogger sesama blogger yang lain. Tidak ada unsur-unsur lain untuk menjatuhkan atau memalukan sesiapa. Ini hanyalah untuk sekadar pengetahuan sahaja.
Jokeonsalo juga ingin berpesan supaya korang dapat mengelakkan daripada memberikan pendapat yang berunsurkan lucah atau kata-kata kotor disini. Jika Jokeonsalo mendapati perkara tersebut terjadi, komen itu akan di buang serta-merta. Harap korang memahami.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan jejak korang diruangan shoutbox.
Semoga korang sudi untuk berkongsi idea dan pendapat untuk memeriahkan entri "Lelaki vs Perempuan" ini.

Sekian :)

1 comment:

Sponsored by Nuffnang