Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Sunday 12 February 2012

20 Fakta Menarik Tentang Lipas

Assalamualaikum...
Entri kali ni, Jokeonsalo nak kongsikan 20 fakta menarik tentang serangga yang mostly boleh menakutkan orang ramai, iaitu LIPAS !

~ Lipas antara serangga yang paling bersih 
kerana bulu dikakinya boleh 
menghilangkan kesan kotor dibadannya !


20 Fakta Menarik Tentang Lipas !
  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol "cucaracha" yang membawa maksud serangga gila.
  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit! 
  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.
  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.
  5. Lipas mempunyai dara bewarna putih.
  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia Rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram.
  8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia.
  9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anaknya semua betina.
  10. Lipas hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hayatnya.
  11. Agak sukar untuk menangkap seekor lipas kerana lipas mempunyai rerambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
  12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.
  13. Lipas mempunyai gigi di dalam perutnya.
  14. Lipas yang dilumatkan boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat itu.
  15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.
  16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
  17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidungnya.
  18. Lipas hanya ada 6 kaki tetapi memiliki 18 lutut.
  19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.
  20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa berbuat apa-apa.

Hah! Amacam, banyak tak kelebihan lipas yang kita tak tahu?!
Ya, walaupun lipas banyak kelebihannya Jokeonsalo tetap anti akan "serangga gila" ini !

Sekian :)

8 comments:

  1. Replies
    1. kehkehkeh..Jokeonsalo pun geliii sangat! iyaarks! :P

      Delete
  2. eeeee.....lipas...geli yg teramat
    tau x pe yg buat awan takut kat lipas ne bila dia terbang...fuhhh!!

    btw..nice info baru tau sal lipas ne..he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...utk pengetahuan cik awan nano..Jokeonsalo pun teramat2lah geli dgn serangga kecik molek nie..walaupun die tak mengganggu,tp eeeyaarks!

      btw,thanks for ur commentary :)

      Delete
  3. erk..
    6 kaki tapi 18 lutut??
    balik ni nak kena check nih..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. ingatkan yg paling kotot, hahah :D
    btw, jom join contest saya
    http://lyanakamarulzaman.blogspot.com/2012/02/contest.html

    ReplyDelete
  6. patutla punya payah nak hapuskan seranga gila ni T_T huhhh

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang