Selamat Datang ke blog Arena of Jokeo Jeonsalo. Sila berikan komen anda. Sudi-sudilah menjadi followers blog Jokeonsalo. Jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan chatbox. Layari facebook fanpage Jokeonsalo di www.facebook.com/jokeonsalo dan twitter @jokeonsalo. Semoga anda terhibur dengan blog ini. Jangan malu jangan serik untuk singgah ke blog ini lagi. Terima Kasih.

This Arena Soldiers

Monday 13 February 2012

Allah s.w.t Tuhanku, Muhammad s.a.w Nabiku, al-Quran Kitabku, Kaabah Kiblatku, Umat Islam Saudaraku, Haram bagiku "Valentine's Day" !

Assalamualaikum kepada semua para pembaca.

Jokeonsalo rasa, tajuk entri kali ini adalah tajuk yang paling panjang yang pernah Jokeonsalo post ke dalam blog ini setakat ni.

Allah Tuhanku, Muhammad s.a.w Nabiku, al-Quran Kitabku, Kaabah Kiblatku, Umat Islam Saudaraku, Haram bagiku "Valentine's Day" !

Berdasarkan lima petikan ayat pertama dari tajuk entri ni adalah jawapan bagi soalan di alam kubur nanti. Orang yang takut akan mati adalah orang yang masih mempunyai Iman di hatinya. Semoga kita semua bersedia dan sentiasa memperingati mati kerana mati itu adalah pasti di dalam sesebuah kehidupan.

Baiklah, sebenarnya bukan pasal mati yang Jokeonsalo nak kongsikan dalam entri ini.
Jokeonsalo nak kongsikan sedikit pada saudara-saudari sekalian bahawa menyambut hari kekasih atau valentine's day itu adalah HARAM di sisi Islam.

Mengikut hukum Fatwa Malaysia ;

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Oleh itu, Fatwa Malaysia sendiri telah menyatakan bahawa Valentine's Day itu tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Ayat " bercanggah dan dilarang oleh Islam " itu sendiri menegaskan bahawa sambutan perayaan ini adalah HARAM di sisi Islam kerana perayaan ini adalah perayaan Kristian yang bercampur dengan perbuatan maksiat!



Mari kita baca pengenalan berkaitan dengan Valentine's Day :

  • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
  • Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  • Hari Kekasih  yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  • Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
Perkara-perkara di atas adalah perkara asas yang biasa dilakukan apabila tibanya tarikh 14 Febuari ini.
Mungkin ada diantara kita yang alpa, lalai dan leka tentang perkara ini. Walaupun ada sebahagian yang menganggap perkara ini sebagai perkara yang remeh. Tetapi kita seharusnya mengambil tahu akan sejarah asal usul perayaan ini.
Bagi mereka yang masih tidak tahu, fahami pandangan berikut untuk menambah ilmu pengetahuan agama anda.
Sila rujuk Hari Kekasih Menurut Pandangan Islam ( Tanbihul Ghafilin ) untuk mengetahui sejarah dan latar belakang mengenai hari kekasih ini.

Jadi, kita sebagai umat Islam haruslah menyedari bahawa sambutan Valentine's Day ini sangat-sangat lah bercanggah dengan ajaran Islam. Seperti yang kita tahu, jika ia dilarang bermaksud ianya adalah HARAM, dan jika hukumnya haram maka ganjaran bagi mereka yang menyambut adalah DOSA!

Fatwa Malaysia menerangkan lagi bahawa :

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:


من تشبه بقوم فهو منهم     

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                    (Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:


من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


Begitulah yang diterangkan di dalam portal rasmi Fatwa Malaysia.
Kesimpulannya di sini, Jokeonsalo cuma boleh berpesan supaya kita sedar yang mana Pahala yang mana Dosa dan yang mana baik mana buruk.
Hukum dan ganjaran itu marilah kita serahkan sahaja kepada yang ber-Hak iaitu Allah s.w.t

Sebelum menamatkan entri ini, Jokeonsalo amat tertarik dengan sketsa yang Jokeonsalo dapat dari rakan Jokeonsalo melalui Facebook dan Twitter.
Mari kita berhibur sedikit dengan sketsa di bawah :

~ klik untuk lebih jelas ~


Sekian sahaja untuk entri kali ini.
Terima Kasih.

1 comment:

  1. TERIMA KASIH sebab sudi tolong pilihkan blog mana paling best. InsyaAllah, dalam entri "Next Top Blogger - Episod 6" Khamis ni aku akan perkenalkan blog kamu ini nanti.

    Nak jawab soalan kamu tanya ni : selepas NTB1 InsyaAllah akan ada NTB2. Macam mana aku pilih -boleh tengok kat entri "NTB-pengenalan". Kalau tak faham, ok aku terangkan.

    Peserta peserta aku pilih dari members blog "Awie Omar" sahaja. Aku pilih 16 orang. 16 orang tu akan dapat komen dari aku di mana aku tanya diaorang dulu sama ada nak join ke tak. Kalau taknak aku cari bloggr lain. tu je.
    Dengan syarat aku akan pilih blogger yang menampakkan dirinya (gambar) yg asli dalam blog diaorang. Kena la tahu rupa siapa yang bertandingkan hehehe apa2 hal roger k.TQ

    ReplyDelete

Sponsored by Nuffnang